Semalam, 12 November 2012 genap 7 tahun usia perkahwinanku bersama suami tersayang, Mohd. Turmadzi Madun. Alhamdulillah perkongsian hidup kami diserikan dengan kehadiran 3 cahaya mata, Muhammad Alawi, Sofiyyah & Muhammad Munawwir sebagai penyejuk hati dan jiwa. Moga ikatan suci yang telah terbina ini berkekalan hingga ke hujung nafas dan dipertemukan kembali di Syurga Firdaus kelak. Ameen Ya Rabb. Terima kasih abang di atas kasih sayang serta pengorbanan yg telah diberikan selama ini. I LOVE U SO MUCH kerana ALLAH SWT & RASULULLAH SAW...
Jika diimbas kembali saat2 awal perkenalan kami, ia berlaku dengan pantas. Aku mengenali suami (wartawan jenayah) sebaik memulakan alam pekerjaan sebagai wartawan di akhbar Kosmo pada 1 Mac 2005. Sebagai rakan sepejabat, aku sentiasa memerhatikan tindak-tanduknya. Dalam diam aku kagumi sikapnya yang sentiasa menyahut seruan azan di awal waktu. Maknanya setiap kali azan menandakan masuknya waktu solat, dia pasti akan segera ke surau dalam keadaan melipatkan lengan baju kemeja yang dipakainya. Kemudian, apabila masuk semula ke ofis, aku amat suka melihat wajahnya yang bersih dan masih terdapat saki-baki wuduk yang diambil. Demi ALLAH, itu adalah sebab utama aku tidak teragak2 untuk mengenalinya dengan lebih mendalam kerana dia lelaki yang menunaikan solat.
Namun, tanggal 27 April 2005 begitu terpahat dalam fikiran kerana pada tarikh itulah aku memulakan langkah pertama untuk 'mengurat' lelaki tersebut. Nombor telefonnya aku berjaya dapatkan melalui bantuan rakan, Drahman Baharun yg pernah semeja dengannya. Kata Drahman: "Kalau dija minat kt turmadzi, msg la dia. Dia ok, takde makwe lagi."
Tanpa berlengah aku terus menaipkan kata-kata "Assalamualaikum. Hai, boleh saya berkenalan dengan awak." Sebaik menekan butang send jantungku berdegup kencang kerana aku boleh mendengar ringtone msg yg masuk ke dalam handphonenya (kami duduk tidak jauh, malah boleh nampak muka masing2). Sebelum itu, aku sudah pun menekan mode silent untuk handphone sendiri. Tidak lama menunggu, balasan sms diterima tertulis: "Sape ni?"
Dipendekkan cerita, akhirnya rahsiaku terbongkar juga pada malam tersebut. "Oh, awak dija budak sport kan?" sekali gus membuatkan aku terdiam menahan malu. Nasib baik aku sudah balik ke rumah waktu itu dan keesokan harinya pula aku pulang ke kampung kerana bercuti. Bermula dari situ hubungan kami mula serius dan pada tarikh 6 Mei 2005 dia terus memberanikan diri bertemu mak dan abah serta keluarga di kampung. Satu tindakan yg turut aku kagumi kerana sikapnya yg gentleman. Kemudian tarikh 12 Mei 2005, dia secara rasmi melamarku sebagai kekasih dan kami berpacaran selama tiga bulan sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 28 Ogos 2005 dan mendirikan rumah tangga pada 12 November 2005.
Begitulah percaturan ALLAH Yang Maha Berkuasa. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan suami yg amat bertanggungjawab dan penyayang pada keluarga. Moga hubungan suci ini sentiasa berada dalam restu ILAHI hingga ke hujung nyawa. Terima kasih abang atas segala-galanya.
![]() |
| Gambar ketika bertunang pada 28.08.2005 |
![]() |
| Akad nikah oleh abah |
![]() |
| Bergambar selepas upacara akad nikah |
![]() |
| Resepsi di Melaka a.k.a bergambar di butik perkahwinan |
![]() |
| Pasangan dua sejoli |
![]() |
| My Sweet Family |
Notakaki: "Jika perhubungan yang dibina berlandaskan ALLAH, insyaALLAH ia sentiasa beroleh redha ILAHI."






